Life Shake Elderberry Produk Baru Dari Shaklee | Eija Zahran

 PRODUK BARU DARI SHAKLEE LIFE SHAKE MIXED SOY PROTEIN ELDERBERRY

Life Shake Soy Protein Elderberry


Yeahh, akhirnya produk baru Life Shake Elderberry sudah masuk pasaran Malaysia mula di jual pada 2 July 2021 yang lepas. Sebenarnya Eija dah merasa awal Life Shake Elderberry ini masa BLNC awal bulan April haritu. Kami leader-leader yang effective layak ke BLNC akan dapat satu tong Life Shake Soy Protein Elderberry sebagai hadiah. Serius memang berbeza dari rasa dia dari ESP.


NUTRISI LENGKAP PENUH KHASIAT
Life Shake merupakan hidangan semua dalam satu yang lengkap, kaya protein, kalsium, serat dan mineral dengan penambahan ekstrak Elderberry untuk meningkatkan perlindungan. 


Life Shake Elderberry mengandungi serat, enzim pencernaan dan juga prebiotik proprietari bagi membantu kesihatan usus kita. Buah Elderberry yang Shaklee gunakan terdiri daripada buah Elderberry yang terbaik dan tinggi anti oksidan dia. 

Elderberry mempunyai bacaan ORAC yang tinggi

MANFAAT ELDERBERRY
  • Kaya dengan antioksida
  • Digunakan secara tradisional untuk melawan simptom demam dan selsema
  • Mempercepatkan pembaikan bagi yang kerap demam dan selsema
  • Bersifat anti-viral untuk meningkatkan daya tahan 

DIPENUHI DENGAN NUTRIEN ANTIOKSIDAN
  • Antosianin Polifenol
  • Asid Fenolik
  • Flavanol
  • Vitamin A, B dan C

PERLINDUNAN DUA KALI
Selain Elderberry, Life Shake juga mengandungi nutrien lain untuk kesihatan pencernaan bagi meningkatkan perlindungan 

Penghadaman Sihat = Perlindungan Terbaik
Protein - Membantu membina antibodi.
Prebiotik - Menyokong "bakteria baik" untuk penghadaman yang sihat. 
✅Enzim Penghadaman - Untuk penyerapan protein dan penghadaman.
Fiber - Mengawal pergerakan usus untuk penghadaman yang sihat.


KEISTIMEWAAN LIFE SHAKE ELDERBERRY SHAKLEE
  1. Memberikan 20g protein soya bukan-GMO yang asli, dengan tambahan campuran biji Chia organik dan protein biji labu organik.
  2. Rendah indeks glisemak bersama inovasi pemanis baharu Reb M iaitu membantu mengekalkan tahap gula dalam darah dan membantu rasa kenyang.
  3. Prebiotik daripada bijiran dan enzim penghadaman untuk penghadaman yang lebih bagus dan membantu penyerapan protein.
  4. Dikuasakan dengan Luesin untuk mengekalkan dan membina otot, membakar lemak dan menyokong metabolisma
  5. Tiada trans lemak, bukan produk tenusu
Kandungan dalam Life Shake Shaklee

KEBAIKAN / MANFAAT LIFE SHAKE ELDERBERRY

  • Membantu mengurangkan keletihan otot selepas bersenam.
  • Mengurangkan nafsu makan dan beri kengang yang lama.
  • Protein soya berkualiti tinggi Non GMO. 
  • Membantu proses penurunan berat badan dengan lebih cepat. 
  • Mempungai Glisemik Indeks yang rendah.
  • Membantu membina otot semasa proses penurunan berat badan.
  • Membekalkan lebih tenaga dan berpanjangan.
  • Membantu membina otot yang lebih tegap.

HANYA DENGAN DUA SKUP  LIFE SHAKE SOY PROTEIN ELDERBERRY DAPAT
  • Meningkatkan perlindungan dan kesihatan penghadaman
  • Mengekalkan berat badan yang sihat
  • Bekalkan tenaga dan mengenyangkan
  • Snek yang sihat
  • Hidangan berkhasiat

HARGA LIFE SHAKE SOY PROTEIN ELDERBERRY
Harga Ahli ; RM165
Harga Jualan ; RM181.25

Berminat nak dapatkan Life Shake dengan harga ahli boleh klik disini




Continue Reading

Cara nak appear butang follow di blog | Eija Zahran

 


Hai, assalamualaikum harini Eija nak share macam mana cara nak appearkan butang FOLLOW di blog kita. Masa awal-awal buat blog Eija tak tahu pun mana nak godek setting dia, tapi alhamdulillah bila join kelas S2UiMob baru tahu. Bila kita buat sendiri baru kita tahu fungsi-fungsi setiap satu tu. Kisahnya bila ada yang inform tak dapat follow blog kita kawan-kawan yang lain.

Jom Eija terangkan cara-cara dia satu persatu.


Log In Blog kita.

Pertama akan keluar page macam gambar di atas. Klik Layout ➤ scroll cari sidebarwidgetarea.

Kedua, klik "add a Gadget"


Scroll kebawah cari "Followers" dan klik 


Bila keluar seperti ini klik butang "save"


Bila dah klik butang done dekat side bar widget area akan keluar macam ni. Untuk nak tengok berjaya atau tidak kita appearkan butang followers boleh klik "view blog"

Ok, dah siap mudah sahaja kan. Masa awal-awal Eija pun tak berapa pandai tapi bila dah join kelas ini banyak sangat dapat ilmu berkaitan dengan Blog.

Selamat mencuba 😍

Continue Reading

Car Bonus Shaklee

 



Kenapa Eija sayang dengan bisnes Shaklee ni?

Giler tak sayang sebab Shaklee banyak mengubah kehidupan Eija dan family. Dari seorang yang makan gaji dah bertukar profession kepada Work At Home Mummy.
Apa yang Shaklee tawarkan?
Shaklee tawarkan 3C
❤️ Cash
❤️ Convention
❤️ Car Bonus

Dan yang paling best, kita boleh wariskan segala bonus yang kita dapat kepada anak-anak kita kelak.
Ye, bisnes Shaklee boleh diwariskan. Apa yang Eija usahakan hari ini anak-anak Eija akan dapat bila Eija sudah tiada nanti.

Segala kelebihan yang Eija dapat di dalam Shaklee 100% akan diwariskan pada anak-anak.
Sekurangnya Eija dah ada back up plan untuk mereka nanti. Sebab Eija tak tahu berapa lama lagi kita kat dunia ni.

So, anak-anak boleh menyambung legacy bisnes Eija ini tanpa perlu bermula dari bawah.
This is our family business. Kita adalah peneraju utama di dalam bisnes kita. Sistem Shaklee sangat adil dimana jika kita berusaha kita dapat dan dia tidak mengkayakan upline kita sebab ini bisnes kita sendiri. Sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh kita boleh langkau upline kita dan bonus kita pun boleh tinggi dari upline kita. Sistem Shaklee sangat adil.

Ada yang nak tahu lebih lanjut pasal Car Bonus Shakle ni?

Jom wassap Eija untuk dapatkan info lebih lanjut.
p/s: bonus kereta yang dapat setiap bulan masa awal-awal dahulu Eija guna untuk bayar loan rumah pertama yang kami beli dengan payslip Shaklee.


yang masih mengejar impian,
Shaklee Business Leader
Founder of ZRE
Continue Reading

Percutian Percuma Shaklee Ke Bangkok 2018 | Eija Zahran


 FIRST TRIP EIJA DENGAN SHAKLEE

 


Alhamdulillah masa first time join Business Leader National Conference (BLNC) 2017, hati dah berkobar-kobar bila dengar Shaklee umumkan percutian untuk Cycle 2017/18 Regional Trip akan ke Bangkok. Rasa nak menjerit sebab excited giler dengan trip yang ditawarkan.

 

Sejak dari itu dah set target Eija pasti akan dapat FREE TIKET BANGKOK. Eija pasti boleh!!!

 

Bila mula sahaja cycle baru Eija dah pasang strategy apa yang Eija perlu capai. Syukur alhamdulillah,selama 12 bulan berhempas pulas, susah payah bersama team akhirnya berbaloi selepas berjaya dapatkan 1 FREE TIKET ke BANGKOK.

 

Thanks You SHAKLEE MALAYSIA!

 

Pertama kali menghadiri BLNC 2017 dan jumpa CEO Shaklee Mr Roger


Jom Eija ceritakan serba sedikit percutian 4 hari 3 malam ke Bangkok, Thailand bertaraf 5 bintang yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Shaklee.

 

Eija bertolak dari rumah lebih kurang pukul 3.30am sabtu, sampai di Airport KLIA lebih kurang jam 4.15am. Bila dah sampai di airport Eija wrapping luggage dahulu dan berkumpul untuk sesi taklimat untuk Group D2. Segala keperluan kami disediakan oleh pihak Shaklee. Bak kata orang pergi bawa diri je. Kami menaiki flight Thai Smile dan boleh kata separuh dari penumpang tu adalah leaders Shaklee.

 

Nak dijadikan cerita, kami ni memang suka bergambar sampai tak sedar yang tempat kami nak naik flight itu jauh lagi di terminal satelit. Bila masing-masing tengok jam cepat-cepat naik train untuk ke terminal satelit. Alhamdulillah, dalam kekalutan kami semuanya selamat sampai.

 

Thanks to Karen Tour Guide kami yang sungguh baik, kalau tak ada dia mesti kami dah ketinggalan kapal terbang. Flight kami bertolak pada jam 7am pagi dan perjalanan dari KLIA ke Bangkok mengambil masa lebih kurang 2 jam. Setibanya kami di Bangkok International Airport , kami terus dibawa ke destinasi pertama iaitu Chao Phraya Boat Ride. Oh lupa, kami punyer luggage semua pihak Shaklee uruskan dan terus dibawa ke hotel tempat bakal kami menginap nanti. Best kan

 

Seawal pagi kami dah sampai KLIA


HARI PERTAMA

Chao Phraya Boat Ride

Perjalanan dari Bangkok International Airport ke Chao Phraya mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah sebab jalan di Bangkok terlalu jem terutamanya di hujung minggu. Sampai di Chao Phraya kami terus di bawa naik ke dalam boat. Kami di bawa menaiki boat dengan melalui sungai di Bandar Bangkok. Di Bangkok sungai diibaratkan seperti Highway (laluan utama mereka). Sepanjang perjalanan menyusuri sungai terdapat bangunan-bangunan lama, ada tempat simpan Bot Diraja Thailand dan floating market.

 

Kemudian kami dibawa ke tepi sungai berhampiran temple terdapat banyak ikan macam ikan keli. Kami dibekalkan roti untuk bagi ikan-ikan itu makan. Mengikut penerangan tour guide kami yang ikan-ikan tersebut dianggap suci kerana hanya akan berada di kawasan temple sahaja. Bagus ikan ni dia tak lari jauh-jauh.

 

Kemudian, tiba-tiba hujan lebat turun dan nasib baik kami sempat turun dari boat. Ada juga yang basah kuyup redah hujan untuk ke tempat berteduh. Apabila hujan berhenti kami menuju ke tempat parking bas. Apabila naik bas sahaja semua senyap, rupanya semua dah lena tidur keletihan.

 

Alhamdulillah, kami dah selamat sampai di Bangkok

Sampai River City Bangkok
Roti untuk bagi ikan makan


Lunch at Sophia Restaurant

Sampai di Restoran Sophia, kami terus ke meja makan dan lihat makanan semua telah siap dihidang. Restoran ini merupakan restoran halal yang terkenal di Bangkok tau. Pelayan-pelayan kat sini semua boleh faham bahasa melayu so mudah sikit untuk berkomunikasi.

 

Menu tengahari yang dihidang ialah tomyam putih, ikan siakap goreng cicah dengan sos thai, ayam goreng pandan (ayam di balut daun pandan), paprik, niam kam. Memang berselera kami makan. Selepas selesai makan tengahari, masing-masing dapat duit poket dari Shaklee. Seronok amat sebab tak perlu risau berapa banyak duit nak kena sediakan, dan selepas itu kami terus pilih kostum thai (baju thailand) untuk di pakai semasa dinner hari pertama (tema pakaian thai).

 

Check in Amari Hotel

Alhamdulillah, selesai makan kami menuju ke hotel tempat penginapan. Shaklee bagi penginapan hotel 5 bintang tau. Lokasi betul-betul tengah kotaraya Bangkok. Bila survey harga dekat online mau RM1000++ semalam harga dia. Hotel Amari yang kami menginap memang best sangat bilik dia besar dan luas. Bilik Eija berhadapang shopping mall puas hati sungguh. Kemudahan kat hotel ini pun menarik dan cantik ada kolam mandi, ada ruang untuk berjogging. Bila dah dapat kad bilik masing-masing terus segara naik ke atas dan semua beg kami sudah tersedia dalam bilik masing-masing. Tak perlu susah-susah nak bawa naik sendiri. Sampai sahaja bilik cepat-cepat mandi sebab nak bersiap keluar dinner pula. 

 

Sampran Riverside

Kami keluar hotel agak lewat sikit dalam jam 5pm (waktu Malaysia jam 6ptg). Jalan raya dah mulai sesak sangat waktu ni. Perjalanan ke Sampran Riverside mengambil masa agak lama sebab jauh sedikit dari tengah kotaraya Bangkok. Hampir 2 jam perjalanan kami sebab jem teruk sangat nak ke tempat dinner.

 

Sampai sahaja di Sampran Riverside, kami di raikan dengan alunan muzik orang Thailand dan program pertama ialah pre-dinner. Ada banyak jenis makanan tradisional orang Thailand disediakan.

 

Selepas selesai group photo kami terus ke ruang dinner yang bersebelahan dengan sungai. Kalau bab makanan Shaklee memang tak pernah mengecewakan memang banyak sangat, ada ketam bakar, ayam bakar, sotong bakar, somtam, koew teow goreng, udang goreng tepung, dan macam-macam lagi.

 

Element surprise Shaklee memang tak boleh dipisahkan, setiap seat akan dapat percuma gift (keychain gajah), percuma vitamin C chewbale lagi. Dinner malam tu memang enjoyable sambil makan, sambil tengok persembahan. Sepanjang Dinner kami sempat bersembang-sembang dengan Leaders dari team lain sambil bertukar-tukar cerita dan info. Walaupun kami bukan dari team yang sama bila bercuti kami adalah keluarga besar Shaklee. Penutup dinner kami disajikan dengan pertunjukkan bunga api khas buat seluruh keluarga besar Shaklee Malaysia.

 

Ambil gambar kenangan

Door gift untuk setiap leaders dan ada chewable c

Comel kanak-kanak dengan baju tradisi thai menyambut kedatangan kami

HARI KEDUA

Sarapan Pagi di Amari Hotel

Sarapan pagi kat hotel banyak giler pilihan daripada makanan western, makanan malaysia, makanan thailand semua ada tinggal pilih je nak yang mana. Kalau bercuti Shaklee amat menitikberat pasal makanan Halal ni. So kami tak perlu risau. Dah selesai makan terus tunggu turn nak naik bas ke Grand Palace.

 

Grande Palace

Tempat ini merupakan tempat yang wajib melawat kalau datang ke Bangkok . Merupakan kediaman rasmi raja Thailand dari abad ke-18 dan seterusnya. Nak masuk kawasan ini ada pantang larang tau. Pengunjung tak dibenarkan memakai selipar dan kena memakai kasut yang bertutup, yang perempuan tidak boleh berseluar pendek harus berpakaian sopan. Kawasan Grand Palace ini besar penat juga berjalan untuk sampai ke penghujung pintu keluar.


Chatuchak Market

Dari Grand Palace kami terus ke lokasi shopping yang pertama iaitu Chatuchak Market. Bermula aktiviti kami di Bangkok iaitu nak membeli belah. Di sini ada lebih 1000 buah kedai, kalau tak berhati-hati boleh sesat jalan tau. Chatuchak Market ni hanya di buka pada hari sabtu dan ahad sahaja, so kalau nak pergi Bangkok jangan lupa singgah disini kerana antara lokasi yang wajib datang untuk membeli-belah. Jalan punyer jalan banyak juga barang yang Eija beli, buah tangan untuk family, downline dan customer. Tak perlu risau membeli belah banyak sebab guna duit poket yang Shaklee bagi 

 

Masa ni dekat Grand Palace 

Ramai pelancong yang datang penuh sesak


Night Market

Untuk makan malam kami cari restoran yang berdekatan hotel. Disebabkan salah seorang dari team kami Kak Julie pernah datang Bangkok dia tahu kedai makan yang halal dan sedap. So, kami follow sahaja. 


Lepas selesai makan malam kami menuju ke night market disana. Apa lagi menjamu mata la kita. Syok sangat berjalan sehingga tak ingat yang dah lewat pagi. Sampai sahaja kat hotel sebelum tidur telan ostematrix untuk melegakan penat-penat dan lenguh kaki yang banyak sangat berjalan tadi.

 


HARI KE 3

Platinum Fashion Mall

Hari ni aturcara kami free and easy, selepas selesai sarapan apa lagi masing-masing sudah tentu nak membeli belah. Shopping mall sangat hampir dengan hotel kami menginap kiri, kanan, depan belakang semuanya mall pilih sahaja nak pergi mana. Pada yang perempuan memang syurga membeli belah kotaraya Bangkok ni. 


Dari baju baby sehingga dewasa semua ada, yang paling geram bila tengok baju anak-anak semua cantik-cantik dan kualiti dia bagus. Makan tengahari kami makan di Suraya Restoran dimana pekerja mereka boleh berbahasa kelantan. Memang syok bila pergi tempat yang boleh berbahasa melayu sebab mudah nak berinteraksi kalau tidak kami tawar menawar guna culculator je.


Dinner di Sompong Seafood Restaurant

Hari terakhir kami makan malam di Sompong Seafood Restaurant dan perjalanan nak ke tempat itu mengambil masa 1jam lebih. So kami sampai di Restoran Sompong sekitar jam 6.45pm. Sampai sahaja semua terus duduk di meja makan yang disediakan sebab makanan dah siap terhidang. Menu kami makan malam ialah ikan siakap masak sambal, tomyam, udang rebus cicah sos Thai, lala masak sup dan paling specialnya ialah pulut mangga. 


Rasa pulut mangga ni sangat berbeza dengan rasa kat Malaysia. Pulutnya warna hijau dan lembut. Pertama kali Eija tengok dan makan pulut mangga warna hijau. Alhamdulillah, kenyang sangat kami makan malam tu memang terbaik layanan Shaklee!!

 

Asiatique The River Front

Lepas dinner kami terus ke destinasi shopping yang terakhir iaitu Asiatique The River Front. Tempat ni memang cantik tapi harga-harganya boleh tahan mahal sebab banyak barangan berjenama. Asiatique ni lebih kurang macam JPO kalau kat malaysia. Ada juga barang yang murah tapi kene pandai survey harga dan tawar menawar. Sepanjang di Bangkok ini, Eija cukup tertarik dengan handmade sabun dia. Bau dia wangi dan ada  pelbagai bentuk ikut bau dia ada bau anggur, lemon, pisang, strawberry, epal, mangga, manggis dan macam-macam lagi. Disebabkan kami dah tak larat nak berjalan (dah habis tawaf satu kawasan) kami terus naik bas nak balik ke hotel.


Sampai sahaja hotel terus packing-packing barang sebab esok nak balik dah. Bila tengok beg emmm, beranak banyak sudah. Sebelum tidur wajib telan ostermatrix dan herblax untuk memberikan tidur yang berkualiti dan flush out semua yang dah makan macam-macam.



HARI KE 4

Amari Hotel - Airport

Pagi macam biasa breakfast dahulu sebelum tengahari nanti nak check out. Disebabkan ada lagi masa terluang, Eija dan Aisya decide nak shopping last sebelum gerak. Lagipun nak menghabiskan duit poket yang Shaklee dah bagi yang tak habis lagi guna.


Apa lagi memang shopping sakan la menghabiskan segala duit yang ada. Memang seronok la kami sebab tak perlu risau beg berat ke tidak seba semua pihak Shaklee yang tanggung limit 30kg macam-macam boleh sumbat.


Kebanyakkan yang pergi trip ni beg masing-masing akan beranak pinak. hihihihihi


Bila nak balik Malaysia rasa happy sangat sebab tak sabar nak jumpa anak-anak dan suami. Rindu tau sebab first time bercuti tanpa mereka.


InshaAllah, next cycle Eija akan fight tiket extra untuk bawa anak-anak dan suami sekali.


Jom kita fight sama-sama.


Dalam Shaklee semua ahli diberi peluang yang sama untuk rebut kelebihan yang Shaklee tawarkan.


ikhlas dari,

Eija Zahran 😍


 




 

 

 

 

Continue Reading