Cara Nak Ubah Username Link di Profile Facebook - Eija Zahran



Cara mudah nak ubah username link di profile facebook merupakan satu perkara yang leceh kan. Sebenarnya mudah sahaja nak ubah username profile Facebook link kita sama dengan nama di Facebook kita yang terkini. 

Kadang-kadang bila dah meningkat usia tak sesuai pula kalau nama Facebook kita "Boboy" , "Yaya Shomel" dan lain lain lagi. Ada juga yang menggabungkan nama suami dan isteri, anak-anak dan nama kenderaan mereka. Jom Eija share kan step by step dia mudah sangat.

  1. Masuk Google dan taip "m.facebook.com" . Nanti dia akan keluar semua laman web facebook  seperti di atas dan klik yang macam dalam kotak merah tu.


  1. Bila klik enter akan keluar seperti ini dan kita pergi kat bahagian link website di atas yang tulis https .m.facebook kita padamkan huruf "m" dan gantikan dengan "www" selepas itu tekan enter.
  1. Selepas itu akan keluar General Account Setting. 
  2. Kita boleh klik edit di username dan edit ikut nama yang sama dengan bahagian name kita. 
  3. Selepas selesai klik save
  4. Ok dah berjaya tukar link username sama dengan name kita. 
Nampak mudah sahaja kan sebenarnya . So kawan - kawan boleh cuba ye. 

Post a Comment

0 Comments